“Johor bukan sahaja perlu maju dari segi ekonomi dan infrastrukturnya – malah seluruh Johor mestilah maju secara holistik. Rakyatnya juga perlu maju dari segi pemikiran, peradaban, ketamadunan, ilmu, perwatakan, adat resam, nilai-nilai murni, jati diri dan sahsiah modal insannya.”

Amanat Yang Amat Berhormat Dato’ Onn Hafiz Ghazi
14 Jun 2022

VISI

“Johor bukan sahaja perlu maju dari segi ekonomi dan infrastrukturnya – malah seluruh Johor mestilah maju secara holistik. Rakyatnya juga perlu maju dari segi pemikiran, peradaban, ketamadunan, ilmu, perwatakan, adat resam, nilai-nilai murni, jati diri dan sahsiah modal insannya.”

Ucapan Amanat
Yang Amat Berhormat Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor
14 Jun 2022

MISI

Kerajaan Negeri telah merangka enam (6) teras utama yang memacu pertumbuhan ke arah negeri maju menjelang tahun 2030 demi kesejahteraan Bangsa Johor. Enam teras tersebut adalah:

Teras Pertama: Tadbir Urus Kerajaan
Teras Kedua: Pembangunan Ekonomi
Teras Ketiga: Jaringan Keselamatan Sosial
Teras Keempat: Kemudahan dan Keperluan Asas
Teras Kelima: Keselamatan, Kebersihan dan Kelestarian Alam Sekitar
Teras Keenam: Orang Muda Johor

OBJEKTIF

Maju Johor bertujuan untuk memacu pembangunan Johor menjadi sebuah negeri maju yang progresif, inklusif, dan mampan menjelang tahun 2030.

6 TERAS MAJU JOHOR

  • Tadbir Urus Kerajaan

    Penambahbaikan sistem penyampaian kerajaan yang telus, cekap dan berintegriti kepada rakyat dan pelabur.

  • Pembangunan Ekonomi

    Meletakkan Negeri Johor sebagai kuasa ekonomi utama di Malaysia dan kekal berdaya saing di peringkat global.

  • Jaringan Keselamatan Sosial

    Mendokong prinsip kesaksamaan “fair state” dan memberi penekanan terhadap kesejahteraan sosial terutama kepada kumpulan rentan dan golongan yang memerlukan dalam menghadapi cabaran sosioekonomi masa kini.

  • Kemudahan dan Keperluan Asas

    Menjamin ketersediaan kemudahan dan keperluan asas yang lengkap dan selamat dalam memenuhi keperluan rakyat dan pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negeri.

  • Keselamatan, Kebersihan dan Kelestarian Alam Sekitar

    Menjamin keselamatan, kebersihan dan kelestarian alam sekitar selari dengan matlamat “Sustainable Development Goals”.

  • Orang Muda Johor

    Memperkasa Orang Muda Johor sebagai kumpulan terpenting dalam pembangunan negeri yang berpotensi sebagai pemimpin dan penggerak ekonomi masa hadapan.

FACEBOOK

X

INSTAGRAM

YOUTUBE

Skip to content