42 Iskandar Puteri Melonjakkan Bakat Teknologi dan Ekonomi Digital Johor
Dengan pertumbuhan pesat industri pusat data di Johor, khususnya di Iskandar Malaysia, serta kelebihan strategik yang ditawarkan oleh Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JSSEZ), kehadiran 42 Iskandar Puteri di negeri ini adalah satu langkah yang amat tepat dan bertepatan dengan keperluan semasa.
Saya berpeluang meninjau sendiri institusi ini dan mendengar penerangan terperinci mengenai program yang ditawarkan.
Apa yang jelas, 42 Iskandar Puteri bukan sekadar institusi pembelajaran biasa, tetapi sebuah platform pembangunan bakat yang mampu melahirkan tenaga mahir dalam bidang pengaturcaraan—satu kemahiran yang amat kritikal dalam landskap ekonomi digital hari ini.
Antara keunikan yang menjadikan program ini begitu istimewa:
Pendidikan Percuma – Tiada yuran pengajian dikenakan, memastikan akses terbuka kepada semua yang berminat, tanpa mengira latar belakang kewangan.
Pembelajaran Rakan Sebaya – Kaedah kolaboratif yang membentuk ekosistem pembelajaran dinamik, di mana pelajar saling berkongsi ilmu dan membina kemahiran kerja berpasukan.
Kurikulum Berasaskan Projek – Menyediakan pengalaman dunia sebenar, membolehkan pelajar mengaplikasikan pengetahuan secara praktikal dan mengasah kemahiran menyelesaikan masalah.
Konsep Gamifikasi – Pendekatan pembelajaran yang lebih interaktif dan menyeronokkan, mengekalkan motivasi pelajar sepanjang program.
Inisiatif ini selari dengan agenda Majlis Pembangunan Bakat Johor (Johor Talent Development Council, JTDC) yang komited menyediakan peluang pekerjaan dalam sektor pusat data dan ekonomi digital.
42 Iskandar Puteri bukan sahaja melengkapkan anak muda Johor dengan kemahiran yang relevan, tetapi juga membuka ruang kepada mereka untuk menjadi pemain utama dalam industri teknologi yang sedang berkembang pesat di negeri ini.
Maklumat lanjut boleh didapati di:
42 Iskandar Puteri