Majlis Berbuka Puasa Bersama Barisan Kepimpinan Akar Umbi Johor

Syukur Alhamdulillah, demi memastikan kebajikan rakyat sentiasa terbela, Kerajaan Negeri Johor akan terus memperkukuh kepimpinan akar umbi sebagai benteng utama khidmat kepada masyarakat kerana amanah ini bukan sekadar tanggungjawab, ia adalah janji kepada rakyat yang mesti ditunaikan dengan penuh integriti dan keikhlasan.

Dalam majlis berbuka puasa yang menghimpunkan lebih 1,400 barisan kepimpinan akar umbi terdiri daripada ADUN, Ahli Majlis PBT, Penghulu, Ketua-Ketua Kampung serta Ketua Masyarakat Cina dan India Negeri Johor, saya menegaskan bahawa merekalah jentera utama kerajaan di lapangan yang memastikan dasar dilaksana dengan berkesan dan kebajikan rakyat terus terpelihara.

Peranan ini amat penting dalam menjamin bantuan sampai kepada golongan sasar, maklumat disampaikan dengan tepat, dan setiap isu rakyat diberi perhatian sewajarnya. Kepimpinan yang berfungsi dan berintegriti akan menentukan tahap keyakinan rakyat terhadap pentadbiran kerajaan.

Semoga kebersamaan di bulan yang mulia ini memperteguh semangat kita untuk terus bekerja dengan ikhlas, berintegriti dan penuh tanggungjawab demi masa depan Johor yang lebih maju, stabil dan sejahtera. Insya-Allah.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah

#BangsaJohor #MajuJohor #Ramadan2026