Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2026
KENYATAAN MEDIA
YAB DATO’ ONN HAFIZ GHAZI
MENTERI BESAR JOHOR
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera dan Salam Maju Johor
1. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, sukacita saya mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri Johor telah bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2026 sebanyak sebulan gaji tertakluk kepada syarat dan ketetapan Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 1 Tahun 2026.
2. Bantuan Khas Kewangan ini akan memanfaatkan seramai 18,455 penjawat awam tetap dan kontrak di Negeri Johor, merangkumi:
• 11,271 penjawat awam Negeri;
• 6,192 warga kerja Pihak Berkuasa Tempatan (PBT); dan
• 992 kakitangan Badan Berkanun Negeri.
3. Selaras dengan keputusan Kerajaan Negeri, bayaran Bantuan Khas Kewangan ini akan dibuat pada 5 Mac 2026, atau pada tarikh yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik masing-masing.
4. Kerajaan Negeri berharap pemberian Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Tahun 2026 ini dapat dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh amanah, dedikasi dan integriti serta berusaha sehabis baik untuk memacu Negeri Johor ke satu tahap yang lebih baik demi kesejahteraan Bangsa Johor. Insya-Allah.
Sekian, terima kasih.
DATO’ ONN HAFIZ BIN GHAZI
Menteri Besar Johor
04 Mac 2026




