Bakul Kasih Johor Sempena Majlis Sambutan Hari Ibu Bapa Di Johor Jaya

Kita Bangsa Johor. 

Dalam usaha meringankan beban rakyat yang berdepan cabaran kos sara hidup yang tinggi, Kerajaan Negeri Johor meneruskan pelaksanaan Bantuan Bakul Kasih Johor (BKJ) dengan peruntukan melebihi RM30 juta yang akan memberi manfaat kepada lebih 550,000 keluarga di kesemua 56 DUN.

Syukur Alhamdulillah, saya berkesempatan menyampaikan bantuan bakul makanan, Bakul Kasih Johor kepada masyarakat sempena Majlis Sambutan Hari Ibu Bapa di Johor Jaya yang berlangsung dalam suasana penuh harmoni, selain turut menyampaikan bantuan sama kepada beberapa keluarga yang memerlukan ketika merasmikan Dewan Kuil Sri Maha Muniswarar di Desa Cemerlang, Ulu Tiram.

Pelaksanaan Bantuan Bakul Kasih Johor adalah komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam memastikan tiada rakyat yang tercicir daripada menerima bantuan dan sokongan sewajarnya, khususnya golongan berpendapatan rendah, warga emas, ibu tunggal serta keluarga yang berdepan tekanan kos sara hidup tanpa mengira agama, bangsa, dan latar belakang.  

Kerajaan Negeri akan terus komited memperkukuh agenda kesejahteraan rakyat melalui pelbagai inisiatif yang demi memastikan Bangsa Johor hidup dalam keadaan yang lebih sejahtera, inklusif dan makmur. Semoga usaha ini terus memberi manfaat yang berpanjangan kepada seluruh rakyat Johor. Insya-Allah. 

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah

#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor