Mesyuarat Ahli Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) Ke-36 di Putrajaya
Syukur Alhamdulillah, saya hadir pada Mesyuarat Ahli Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) Ke-36 di Putrajaya, yang dipengerusikan bersama YAB Datuk Amar Haji Fadillah Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri, bagi membincangkan pencapaian serta hala tuju pembangunan Iskandar Malaysia, khususnya dalam memperkukuh pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
Tahun ini genap 20 tahun pembangunan Iskandar Malaysia, yang sepanjang dua dekad telah merekodkan pelaburan terkumpul sebanyak RM525.26 bilion, mengatasi sasaran asal RM383 bilion. Pencapaian ini mencerminkan potensi besar Iskandar Malaysia sebagai wilayah ekonomi strategik, sekali gus menjadi asas untuk membawa pembangunan Johor ke tahap yang lebih tinggi.
Pada masa sama, mesyuarat ini turut memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh ekosistem pelaburan JS-SEZ, termasuk pembangunan industri bernilai tinggi, pemerkasaan syarikat tempatan serta perancangan bandar yang lebih inklusif dan seimbang. Alhamdulillah, sehingga Oktober 2026, sebanyak lebih 17,000 penempatan pekerjaan telah direalisasikan menerusi JS-SEZ, mencerminkan perkembangan positif dalam usaha membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada rakyat.
Kerajaan Negeri Johor akan terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Kerajaan Persekutuan, IRDA serta semua pihak berkepentingan bagi memastikan segala perancangan dan pelaburan yang dilaksanakan dapat dilaksanakan dengan baik. Semoga usaha ini terus membawa kemajuan dan kesejahteraan kepada seluruh Bangsa Johor. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor




