Bantuan Kasih Johor (BKJ) Kepada Para Pengamal Media
Syukur Alhamdulillah, sebagai tanda penghargaan terhadap peranan penting media dalam menyampaikan maklumat yang tepat kepada masyarakat, Kerajaan Negeri Johor turut menyalurkan Bantuan Kasih Johor (BKJ) kepada para pengamal media di negeri ini.
Pengamal media merupakan rakan strategik kepada Kerajaan Negeri dalam memastikan setiap dasar, inisiatif dan pencapaian dapat disampaikan kepada rakyat secara tepat, pantas dan berintegriti. Dalam era maklumat tanpa sempadan hari ini, kewibawaan serta profesionalisme media amat penting dalam membentuk kefahaman masyarakat dan memelihara keyakinan rakyat terhadap hala tuju pembangunan negeri.
Dalam kesempatan yang ada, saya turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pengamal media arus perdana, media jabatan dan agensi, GLC serta pihak berkuasa tempatan atas sokongan, komitmen dan kerjasama berterusan dalam membantu menyampaikan maklumat yang sahih kepada rakyat.
Semoga hubungan erat antara Kerajaan Negeri dan rakan media terus diperkukuh berasaskan kepercayaan, keterbukaan dan semangat kebersamaan, demi memastikan rakyat sentiasa memahami serta menyokong agenda pembangunan negeri Johor. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah




