HARI BERTEMU PELANGGAN DAN PROGRAM KEIBUBAPAAN DAN PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN
Kita ke Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Onn dulu pagi ni.. anak-anak akan menerima RM150-00 Bantuan Awal Persekolahan dari Kerajaan Pusat.
Ini antara usaha baik yang telah pun dimulakan oleh Kerajaan Malaysia sebelum daripada ini. Ia memberikan keringanan kepada ibu ayah terutamanya dalam mengurus perbelanjaan menjelang sesi persekolahan 2025.
Kita turut kongsikan bahawa Kerajaan Negeri Johor juga menyalurkan bantuan awal persekolahan kepada kumpulan yang memerlukan. Setiap wakil rakyat menerima peruntukan RM50,000-00 bagi membantu 250 orang pelajar pada kadar RM200-00 seorang bagi penyediaan pakaian sekolah.
Majlis Agama Islam Johor turut menyalurkan bantuan kepada kumpulan asnaf terutamanya melalui pembelian pakaian sekolah kebangsaan dan agama juga pembayaran yuran sekolah.
Berkunjunglah ke Rumah Orang Semerah atau ke Pejabat Amin BaitulMal Daerah masing-masing untuk semakan. Online pun bole jugak buat semakan