Himpunan Seni Budaya Parlimen Parit Sulong Meriah dengan Pelbagai Aktiviti Tradisional
Singgah ke Himpunan Seni Budaya Parlimen Parit Sulong yang berlangsung di perkarangan Homestay Tok Marwan, satu program meriah anjuran YB Dato’ Dr. Noraini Ahmad, Ahli Parlimen Parit Sulong.
Acara ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik sepanjang hari, termasuk bengkel kompang dan zapin, persembahan silat, serta pameran persenjataan tradisional Melayu.
Program ini turut melibatkan penyertaan pelajar dan masyarakat setempat, memperkukuhkan apresiasi terhadap warisan budaya yang kaya dan berharga.