JDT Melakar Sejarah Kemenangan Bergaya ke Peringkat 16 Terbaik ACL Elite

Tahniah JDT! Teruskan Perjuangan 16 Terbaik ACL Elite

Stadium Sultan Ibrahim gamat dengan sorakan ribuan ‘Pemain ke-12’ Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas buat julung kalinya menewaskan Pohang Steelers dengan jaringan 5-2 dalam perlawanan terakhir saingan Kumpulan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Menjunjung Kasih ke bawah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor HRH Crown Prince of Johor, di atas komitmen dan usaha yang tidak putus-putus untuk memastikan JDT terus berada pada tahap terbaik dan malam ini lautan Merah Biru menjadi saksi!

Paling penting, terima kasih untuk sokongan padu dan laungan kemenangan yang diberikan ‘pemain ke-12’ JDT yang menggamatkan suasana dan kemeriahan Stadium Sultan Ibrahim.

Kemenangan malam ini memastikan JDT meneruskan perjuangan dalam saingan 16 terbaik ACLE selepas ini. Ayuh teruskan momentum sokongan ini Bangsa Johor!

Luaskan Kuasamu Johor!
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Berserah