Johor Melangkah Ke Hadapan Dengan Tenaga Hijau dan Pemulihan Hutan Bakau
Johor semakin hampir ke arah kehijauan dan tenaga boleh diperbaharui.
Dengan disaksikan oleh Penasihat Ekonomi Negeri Johor, Datuk Seri Utama Ir Hasni Mohammad, Sustainable Johor telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Global Mangrove Alliance dan Solar Galactic.
Selepas ini, Global Mangrove Alliance akan melaksanakan program pemulihan di kawasan hutan bakau simpan di Pengerang, Johor, serta menjalankan kajian terhadap ekosistem tempatan.
Solar Galactic pula akan membantu pusat tersebut mempromosikan teknologi hijau tenaga solar ke seluruh negeri Johor.
Kami berharap usaha ini dapat memajukan lagi ekosistem alam sekitar dan teknologi hijau di Johor.