Jumlah Pengunjung ZooJohor Tahun 2024 Adalah Seramai 617,632 Orang
Alhamdulilah, jumlah pengunjung ZooJohor untuk tahun 2024 dari tarikh pembukaan semula 31 Ogos 2024 – 31 Disember 2024 adalah seramai 617,632 orang.
Sepanjang cuti sekolah dari 20 Disember 2024 – 28 Disember 2024 seramai 57,677 orang pengunjung.
Untuk 5 hari pertama 2025, 1 Januari 2025 sehingga 5 Januari 2025 seramai 15,642 orang.
Bagi hari cuti hujung minggu Sabtu & Ahad di Negeri Johor yang bermula tahun ini, mencatatkan kehadiran pengunjung Zoo Johor seramai 9,093 orang.
InsyaAllah, kerja naiktaraf Zoo Johor yang lebih mesra stroller & kerusi roda, tambahan haiwan, CCTV keselamatan, baikpulih bangunan, baikpulih kandang haiwan dan lain lain akan bermula Q1 tahun ini hasil kelulusan peruntukkan oleh YAB Dato Onn Hafiz Ghazi Sebanyak RM5 juta Fasa 2.
Terima kasih atas sokongan seluruh Bangsa Johor & rakyat Malaysia.
Jom Datang Zoo Johor ramai-ramai!
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor