Kerjasama Strategik dalam Pembangunan Smart Indoor Vertical Farm di Iskandar Puteri
Perbincangan bersama Syarikat Archisen dari Singapura yang menjalankan perusahaan pertanian secara moden dan lestari. Syarikat ini juga sedang berkolaborasi dengan FarmByte Sdn Bhd (anak syarikat JCorp) dalam Projek Pembangunan Smart Indoor Vertical Farm seluas 50,000 kaki persegi di Iskandar Puteri, dengan anggaran nilai pelaburan RM38 juta.
Ia akan memberi fokus kepada penghasilan sayur-sayuran premium seperti salad, ice plant dan sawi dengan sasaran pengeluaran: 306,000 kg setahun.
Jalinan kerjasama ini adalah antara usaha pihak syarikat mengembangkan perusahaan tanaman secara menegak (vertical farming) yang mampu menggandakan pengeluaran hasil tanaman dalam kawasan yang terhad.
Pertemuan kali ini juga bersama CEO J-Biotech untuk melihat potensi kepada kerjasama akan datang dalam sektor agromakanan.