Kilang Paris Baguette Perkukuh Pelaburan Industri Halal di Johor

Berbesar hati menghadiri Majlis Perasmian Kilang Paris Baguette di Johor Bahru, satu pencapaian besar dalam pelaburan industri halal oleh SPC Group dari Korea Selatan. Kilang ini merupakan yang pertama seumpamanya di luar Korea, dengan pelaburan bernilai RM130 juta, yang akan memperkukuhkan kedudukan Johor sebagai hab halal serantau.

Sebagai syarikat terkenal dunia yang memiliki jenama Paris Baguette, Shake Shack Korea, Baskin Robbins Korea, dan banyak lagi, SPC Group memilih Johor sebagai lokasi utama untuk pengeluaran produk bakeri halal bagi pasaran Asia Tenggara dan Timur Tengah. Kilang ini kini beroperasi di kawasan seluas 16,000 meter persegi dan bakal menyediakan ratusan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Selain itu, SPC Group juga dalam perancangan untuk fasa kedua pembangunannya, yang akan meningkatkan lagi kapasiti pengeluaran dan potensi eksport produk halal dari Johor. Dalam masa yang sama, SPC Group turut merancang untuk membuka outlet Paris Baguette pertama di Johor, membawa jenama ini lebih dekat kepada pengguna tempatan.

Malaysia, khususnya Johor, memainkan peranan penting dalam industri halal global yang bernilai USD 3 trilion menjelang 2030. Dengan pengiktirafan pensijilan halal JAKIM, SPC Group kini berupaya memenuhi permintaan produk halal antarabangsa dan mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai pusat halal dunia.

Majlis ini juga mengukuhkan hubungan ekonomi Malaysia-Korea dalam sektor halal dan F&B. Diharapkan lebih banyak pelaburan akan menyusul, menjadikan Johor sebagai destinasi utama untuk pelaburan halal global.

Terima kasih kepada SPC Group kerana mempercayai Johor sebagai lokasi strategik mereka. Semoga lebih banyak kejayaan dapat kita capai bersama!

出席巴黎贝甜(Paris Baguette)工厂开幕仪式,这是韩国SPC 集团在柔佛州的重要投资项目,标志着柔佛在全球清真食品产业中的崛起。

这座新工厂是 SPC 集团在韩国以外设立的第一家清真食品生产工厂,投资高达 1.3 亿令吉,占地 16,000 平方米,并将创造数百个就业机会,为本地经济发展带来积极影响。

SPC 集团是全球知名食品企业,旗下品牌包括 Paris Baguette、Shake Shack Korea 和 Baskin Robbins Korea,其选择柔佛作为投资地点,充分体现了本地在清真食品市场的战略地位。

此外,SPC 集团已计划启动工厂二期建设,进一步扩大清真食品的生产能力,并推动更多出口至国际市场。同时,该集团也正在策划在柔佛开设首家 Paris Baguette 门店,让更多本地消费者能够享受到其优质烘焙产品。

马来西亚,特别是柔佛,正迅速发展成为全球清真食品的关键枢纽,预计到 2030 年,全球清真食品市场将达 3 万亿美元。马来西亚严格的JAKIM 清真认证,让 SPC 集团的产品更具竞争力,并有助于拓展国际市场。

此次合作不仅加强了马来西亚与韩国的经济关系,也展示了柔佛州在清真食品制造业中的巨大潜力。期待未来有更多的跨国企业投资柔佛,共同推动经济增长!
感谢 SPC 集团 对柔佛的信任,我们期待未来更多成功合作!