Kit Persekolahan kepada 38 Murid Tahun Satu SK LKTP Nitar 2
Seramai 38 murid Tahun 1 SK LKTP Nitar 2 telah menerima kit alat tulis, hasil inisiatif YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi dalam usaha memastikan murid-murid mendapat kelengkapan asas bagi memulakan sesi persekolahan dengan lebih lancar.
Menerusi program ini saya pasti ia adalah satu cerminan komitmen Kerajaan Negeri Johor dalam menyokong pendidikan peringkat awal dan memastikan setiap murid mendapat peluang pembelajaran yang terbaik. Dengan penyediaan kelengkapan ini, diharapkan para pelajar lebih bersedia untuk menghadapi alam persekolahan dan mencapai kecemerlangan akademik.
Inisiatif ini turut selari dengan visi Maju Johor, yang menekankan kepentingan pembangunan modal insan sebagai asas kepada kemajuan negeri. Kerajaan Negeri terus berusaha menyediakan sokongan terbaik kepada pelajar di seluruh Johor bagi membina masa depan yang lebih gemilang.