KUNJUNGAN DARIPADA JOHOR WOMEN’S LEAGUE (JEWEL)

Pada sebelah petang, saya telah menerima kunjungan daripada Johor Women’s League (JEWEL) Jewel Malaysia di pejabat saya.

Untuk makluman, Liga Wanita Johor atau Johor Women’s League (JEWEL) ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sukarelawan wanita yang berdedikasi dalam memperkasa hak wanita dan memajukan hak kanak-kanak.

Banyak perkara yang telah dibincangkan bersama. Kami juga sempat berkongsi pandangan dan bertukar idea tentang pelbagai isu yang berkaitan, sambil mencari pendekatan terbaik untuk membantu wanita dan kanak-kanak.

Turut hadir dalam kunjungan Puan Thanam Visvanathan-Suresh, Presiden JEWEL; Cik Liza Alip, Mantan Presiden JEWEL; Puan Maria Ithnin, Setiausaha JEWEL; dan Ms Sheila Solomon, Pengarah Program JEWEL.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor