Lawatan ke Projek RMMJ Mersing di Bawah Pemaju Lagenda Mersing
Saya bersama pasukan Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor telah mengadakan lawatan ke Projek RMMJ Mersing di bawah pemaju Lagenda Mersing. Pembangunan ini merupakan antara pembangunan RMMJ terbesar di Mersing dengan 3 fasa dan mempunyai 4 komponen iaitu RMMJ kategori A berharga RM 50 ribu, kategori B berharga RM 100 ribu dan kategori C berharga RM 150 ribu dan Kedai Kos Sederhana berharga RM 200 ribu.
Pembangunan Perumahan ini juga akan menjadi pembangunan kawasan bandar baru di Mersing yang menawarkan rumah pasaran bebas dengan harga yang rendah.
Kerajaan Negeri dibawah urustadbir YAB Dato Onn Hafiz Ghazi akan sentiasa berusaha memastikan keperluan RMMJ untuk rakyat dipenuhi.
Turut bersama saya dalam lawatan ini Tuan Norman YDP Majlis Daerah Mersing MY Mersing dan Sdri. Rina Farhana Ketua Whip Majlis Daerah Mersing.