LAWATAN KE PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS) DEWAN MBJB KG ULU PANDAN & SK BUKIT MUTIARA
Sejurus melawat dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Muafakat MBIP & SJKC Phu Sze di Skudai, saya terus ke PPS Dewan MBJB Kampung Ulu Pandan dan Sekolah Kebangsaan Bukit Mutiara yang terletak dalam Parlimen Tebrau.
Ketika lawatan saya, PPS Dewan MBJB Kampung Ulu Pandan menempatkan 95 mangsa banjir daripada 29 keluarga, manakala SK Bukit Mutiara menempatkan 309 mangsa daripada 85 keluarga.
Seperti biasa, saya mengagihkan bantuan Kotak Southern Volunteers (SV) kepada mangsa-mangsa banjir selain berkesempatan menyantuni dan memberikan kata-kata semangat untuk mereka menempuh pasca banjir nanti.
Hadir sama dalam lawatan tadi ialah Ahli Parlimen Tebrau, YB Jimmy Puah 潘伟斯; Pengerusi JPKD Puteri Wangsa, Saudara Rohsawal Nizam Abd Ghafar dan Pegawai Daerah Johor Bahru, Tuan Mohd Masni Wakiman.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Berserah