Majlis Hari Apresiasi dan Konvokesyen IQFA Taska Kemas
Syukur Alhamdulillah, semasa balik ke kawasan di Simpang Renggam, saya berkesempatan menghadiri Majlis Hari Apresiasi dan Konvokesyen IQFA Taska Kemas Parlimen Simpang Renggam bagi penyerahan Sijil Tamat Persekolahan kepada 28 orang pelajar yang mewakili 28 Kelas Tabika Kemas di Dewan Muafakat Simpang Renggam.
Seterusnya, saya berpeluang hadir ke Majlis Perjumpaan Usahawan untuk menyampaikan cek pembiayaan dari TEKUN Nasional berjumlah RM318 ribu kepada 10 penerima dan dari Bank Rakyat berjumlah RM950 ribu kepada 5 penerima. Semoga inisiatif ini dapat membantu usahawan tempatan mengembangkan perniagaan mereka.
Kemudian, saya berkesempatan menziarahi Puan Ng Boon Siaw, Puan Pooncholai A/P Cellamuthoo dan Puan Juwita Binti Mohd Ali yang sedang menghadapi ujian hidup. Semoga Allah SWT memberikan mereka kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan ini.
Saya turut berpeluang ziarah ke rumah Puan Hajah Siti Mariam binti Hashim, isteri kepada Almarhum Ustaz Haji Suliaman bin Sutar, yang baru sahaja kehilangan suami tersayang. Saya doakan agar mereka sekeluarga diberikan kekuatan dan semoga roh Almarhum ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Selepas ziarah kasih, saya telah mengadakan sesi ramah mesra sempena Tahun Baru Cina di Pekan Simpang Renggam, Stesen Bas Pekan Renggam dan Pekan Layang Layang. Perpaduan antara pelbagai kaum dan budaya di Johor menjadi asas kekuatan dan kemakmuran negeri ini.
Alhamdulillah, saya sentiasa gembira setiap kali berpeluang balik ke kawasan di Simpang Renggam. Semoga hubungan ini akan terus kukuh dan membawa kebaikan kepada kita semua. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor