MAJLIS JAMUAN TEH SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI SULTAN JOHOR
PEMANGKU SULTAN JOHOR BERANGKAT KE MAJLIS JAMUAN TEH SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI SULTAN JOHOR
DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Jamuan Teh Bersama Rakyat Daerah Muar, Tangkak dan Segamat.
Turut hadir, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor; Dato’ Dr Abdul Rahim Ramli, Yang Dipertua Jumaah Majlis DiRaja Johor dan Dato’ Mohammed Ridha Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Johor serta penerima-penerima pingat.
Majlis yang diadakan di Dataran Tanjung Emas, Muar hari ini (20 Jun), turut diserikan dengan pelbagai persembahan kebudayaan.
Pada masa sama, rakyat berpeluang menikmati pelbagai juadah tradisional dari daerah yang terlibat.




