Majlis Konvokesyen Tadika Qaseh Intelek Sesi 2024

Alhamdulillah pagi tadi saya merasmikan Majlis Konvokesyen Tadika Qaseh Intelek Sesi 2024, bertempat di Hotel Fourpoint Sheraton Desaru.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada anak-anak pelajar kita yang telah berjaya menamatkan sesi pembelajaran mereka di tadika ini.

Pelbagai persembahan menarik daripada anak-anak comel Tadika Qaseh Intelek. Persembahan ini bukan sahaja mencerminkan bakat dan potensi mereka tetapi menjadi kenangan manis buat kita dan lebih ibu bapa yang mengenakan pakaian sekolah pada hari ini benar-benar menunjukkan simbolik sokongan terhadap pendidikan anak-anak.

Tahniah kepada para guru Tadika Qaseh Intelek atas usaha dan dedikasi yang luar biasa dalam mendidik anak-anak ini.