Majlis Makan Malam Apresiasi yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA)

Menghadiri Majlis Makan Malam Apresiasi yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) Malaysia Basketball Association. Acara ini bukan sahaja satu penghormatan untuk menghargai segala usaha dan sumbangan pihak-pihak yang terlibat, tetapi juga menjadi platform untuk kita merenung pencapaian luar biasa sepanjang tahun ini.

Tahun 2024 menyaksikan kejayaan luar biasa dengan penganjuran Piala Agong di Johor, yang telah berlangsung dengan begitu lancar dan berjaya. Selain itu, kita juga menyaksikan kebangkitan luar biasa pasukan Johor dalam arena bola keranjang kebangsaan. Tahniah kepada pasukan wanita Johor atas kejayaan mereka merangkul gelaran juara Piala Agong 2024. Begitu juga kepada pasukan lelaki Johor yang berjaya muncul naib juara tahun ini.

Kejayaan ini tidak berhenti di situ. Pasukan Johor Southern Tigers Southern Tiger Basketball Team juga mencipta sejarah dengan menjuarai Liga Bola Keranjang Malaysia (MBL) musim 2024/2025. Mereka berjaya menundukkan Penang Sunrise Youngsters dengan skor 83-66 di perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium MABA pada 11 Januari 2025. Ini adalah pencapaian yang sangat membanggakan untuk Johor dan bola keranjang Malaysia secara keseluruhannya.

Kejayaan yang dicapai ini tidak mungkin terlaksana tanpa kerja keras, dedikasi, dan sokongan semua pihak—daripada pemain, jurulatih, pengurusan, sehingga peminat setia yang sentiasa memberikan sokongan tanpa henti. Kami akan terus komited untuk memperkasakan lagi sukan bola keranjang di Malaysia dan berusaha sebaik mungkin untuk mencapai lebih banyak kejayaan pada tahun hadapan.

Terima kasih kepada MABA dan semua yang terlibat. Bersama-sama, kita akan terus melonjakkan bola keranjang Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.

我非常荣幸能够出席由马来西亚篮球总会(MABA)举办的表彰晚宴。这不仅是一个表扬所有相关方努力和贡献的场合,也是我们共同回顾今年非凡成就的重要时刻。

2024年对于马来西亚篮球来说是辉煌的一年。我们成功地在柔佛州举办了元首杯,这次赛事的圆满举行离不开各方的支持。此外,我们还见证了柔佛球队在国内篮球领域的崛起。祝贺柔佛女子篮球队成功摘得2024年元首杯冠军,同时也要为柔佛男子篮球队赢得亚军表示祝贺。

柔佛南方虎队更是在2024/2025赛季的马来西亚篮球历史上的又一里程碑,也为马来西亚篮球书写了新的篇章。

这一切的成就,离不开所有球员、教练、管理层以及一直支持篮球事业的球迷们的辛勤付出和坚持不懈的努力。展望未来,我们将继续努力推动马来西亚篮球的发展,并争取在明年取得更大的突破。

感谢马来西亚篮球总会以及所有为篮球事业默默奉献的人士。