Majlis Penutup “WalkWithMe Coaching Program” di Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Alhamdulillah berkesempatan menghadiri Majlis Penutup “#WalkWithMe Coaching Program” di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor.

Seramai lebih 50 mahasiswa telah menyertai program ini yang merupakan kerjasama antara Sekolah Pembangunan Sumber Manusia (SHARPS) Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSH) UTM bersama rakan industri, TalentCorp Malaysia.

Hal ini juga bertepatan dengan hasrat Kerajaan Negeri dengan penubuhan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) sebagai platform melahirkan tenaga kerja berkualiti dan kompeten, menjadikan belia Johor sebagai aset utama pembangunan ekonomi negeri memenuhi kehendak industri semasa.

Syabas dan terima kasih kepada TalentCorp, Universiti Teknologi Malaysia, serta rakan strategik industri yang bersama-sama berusaha membentuk tenaga kerja masa hadapan demi pembangunan ekonomi khusus di negeri Johor.