Majlis Perasmian Bengkel Latihan Agensi: “Menambahbaik Siasatan Kes Jenayah Seksual Kanak-Kanak”
Pada hari ini, saya telah hadir bagi perasmian Bengkel Latihan Agensi Johor yang dianjurkan oleh Women’s Centre for Change (WCC Penang) dengan kerjasama The Johor Women’s League (Jewel Malaysia) dan di bawah tajaan oleh Canada Fund for Local Initiatives (CFLI).
Bengkel latihan diadakan adalah bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dalam agensi kerajaan untuk memberi pemahaman dan kemahiran berkenaan kes jenayah seksual dalam kalangan kanak-kanak dan memperkukuh kerjasama di antara agensi yang terlibat di dalam bengkel ini.
Turut hadir agensi-agensi kerajaan iaitu JKM Negeri Johor – JKMNJ, Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) (PDRM), Jabatan Kesihatan Negeri Johor, pihak hospital dan peserta bengkel latihan.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Selamatkan Johor