Majlis Perasmian Penutup Tilawah Al-Quran Kali ke 69 dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Johor Tahun 2025

Menjunjung kasih atas perkenan DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA ISMAIL PEMANGKU SULTAN JOHOR berangkat menyempurnakan acara. Turut berangkat YANG AMAT MULIA CHE PUAN MAHKOTA KHALEEDA JOHOR.

Patik turut menjunjung kasih keberangkatan YANG AMAT MULIA TUNKU TUN AMINAH bersama DATO’ DENNIS MUHAMMAD ABDULLAH juga YANG AMAT MULIA TUNKU IDRIS TUNKU TEMENGGONG JOHOR.

YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi Menteri Besar Johor dan isteri, YB Dato’ Dr Hj Abd Rahim Ramli Yang DiPertua Jumaah Majlis DiRaja Johor serta YB Dato’ Dr Hj Azmi Rohani Setiausaha Kerajaan Johor juga isteri hadir sama.

Alhamdulillah majlis berjalan baik dan lancar. Syabas Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
Tahniah kepada para peserta juga pemenang. DAERAH MUAR dinobatkan sebagai JOHAN KESELURUHAN.

Kita akan terus menjadikan Al Quran sebagai panduan cara hidup Bangsa Johor. Aamin
Syhanu Sali Ejal Khalid Amien Suhaimie dan rakan-rakan sepejabat Ifa Syafik Fauzan dan Ecah join malam ini.

Kepada Allah Berserah 🤲