MAJLIS PERASMIAN TRAVEX (TRAVEL EXCHANGE)

Bertemakan “Unity in Motion, Shaping ASEAN Tourism Tomorrow” ATF 2025 kali ini sangatlah memberi makna yang besar buat Negeri Johor sebagai tempat utama bagi mempromosikan ASEAN Forum Tourism (ATF) 2025 yang telah berlangsung pada 15-20 Januari 2025 di Johor Bahru.

Saya ucapkan terima kasih kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dengan kerjasama ini bersama Kerajaan Negeri Johor.

Platform ini memberi makna yang besar buat Negeri Johor dalam memperkukuhkan kerjasama serantau dalam sektor pelancongan, mempromosikan kelestarian serta menyerlahkan potensi besar ASEAN kepada dunia.

Pelancaran Travex (Travel Exchange) merupakan langkah strategik dalam menyemarakkan Tahun Melawat Johor 2026 dan Tahun Melawat Malaysia 2026 sekaligus menonjolkan Johor dan Malaysia sebagai destinasi utama pelancongan.

Terima kasih kepada YB Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya kerana sudi memilih Johor sebagai tempat utama penganjuran ATF 2025. Saya juga bersama-sama mengiringi YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi bagi Majlis Pelancaran Travex pagi ini di Persada Johor Bahru.