Majlis Perjumpaan Usahawan Simpang Renggam

MAJLIS PERJUMPAAN USAHAWAN SIMPANG RENGGAM BERSAMA YAB MB JOHOR

Pagi tadi saya mengiringi YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi bagi menghadiri Majlis Perjumpaan Usahawan Simpang Renggam bersama YAB Menteri Besar di hadapan bangunan Majlis Daerah Simpang Renggam

Dalam ucapan, YAB Menteri Besar Johor menekankan dan meletakkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk para usahawan tidak berada dalam tahap statik sahaja, sebaliknya meletakkan matlamat lebih tinggi dan mencabar diri untuk berjaya.

Saya juga menekankan bagi tahun ini, seramai 10 usahawan di setiap daerah akan diberikan tumpuan untuk program ‘Zero to Hero’ iaitu bimbingan serta pemantauan berterusan bagi membolehkan usahawan baharu untuk mereka ‘sustain’ serta terus meluaskan perniagaan mereka.

Pada majlis sama, seramai 10 Usahawan tempatan menerima pembiayaan TEKUN dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM318,000.00, selain lima Usahawan Tempatan yang menerima Pembiayaan Bank Rakyat menerusi Program BR Johor Niaga sebanyak RM950,000.00.

Hadir sama, Pengerusi TEKUN Nasional, Dato’ Abdullah Sani Abdul Hamid.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor