Majlis Serah Terima Projek Naiktaraf dan Penyerahan Kunci Kepada Peniaga di Pantai Teluk Mahkota, Tanjung Sedili Kota Tinggi

Alhamdulilah, saya telah menyempurnakan Majlis Serah Terima Projek Naiktaraf dan Penyerahan Kunci Kepada Peniaga di Pantai Teluk Mahkota, Tanjung Sedili Kota Tinggi.

Projek naik taraf ini melambangkan komitmen pihak Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dibawah urustadbir YAB Dato Onn Hafiz Ghazi Menteri Besar Johor serta agensi yang terlibat untuk memastikan kemudahan awam terus dipertingkatkan, bukan sahaja untuk memberi keselesaan kepada masyarakat, tetapi juga untuk menyokong perkembangan ekonomi tempatan.

Antara projek di bawah peruntukan Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang telah berjaya dilaksanakan oleh Majlis Daerah Kota Tinggi adalah :

– Membina 5 Unit Kiosk di Pantai Teluk Mahkota, Tanjung Sedili.
– Membina Gerai Dan Esplanade di Pekan Tanjung Sedili
– Kerja Membina Kiosk Penjaja dan Pondok Wakaf di Pantai Teluk Mahkota, Tanjung Sedili

Para peniaga kini memiliki ruang perniagaan yang lebih sistematik dan kondusif. Hal ini bukan sahaja meningkatkan pengalaman pelanggan, tetapi juga membuka peluang untuk menarik lebih ramai pengunjung.

Majlis Daerah Kota Tinggi sedang melipatgandakan usaha dalam memastikan projek pembangunan di bawah peruntukan KPKT, Kerajaan Negeri dan Jabatan Landskap Negara dapat dilaksanakan dengan jayanya di kawasan Tanjung Sedili ini.

Antara projek yang sedang berlangsung bagi merejuvenasikan kawasan pentadbiran ini, antaranya ialah :

Peruntukan KPKT :
• Menaiktaraf Dewan Terbuka Taman Sedili
• Menaiktaraf Perparitan Dan Pagar Di Padang Tanjung Sedili
• Menaiktaraf Gelanggang Futsal Kampung Sri Gading, Tanjung Sedili
• Menaiktaraf Perparitan Di Pantai Teluk Mahkota
• Kerja-Kerja Menaiktaraf Sistem Perparitan Di Tanjung Sedili

Peruntukan SUKJ (Kerajaan Tempatan) :
• Kerja Menaiktaraf Pantai Teluk Mahkota (Jason Bay)
Peruntukan Jabatan Landskap Negara :
• Cadangan Pembangunan Landskap Persekitaran Kehidupan Di Pantai Teluk Mahkota

Jumlah keseluruhan projek naiktaraf, kemajuan pelancongan dan keharmonian untuk penduduk tanjung sedili dianggarkan sebanyak RM 3,994,443.00.

Pastinya Tanjung Sedili terutama Pantai Teluk Mahkota ini akan menjadi salah satu pelancongan utama di Kota Tinggi. Dengan kemudahan yang lengkap, kita yakin ianya mampu bersaing dengan destinasi yang lain, apatah lagi menjelang Tahun Melawat Johor pada 2026 nanti.

Tahniah diucapkan kepada Encik Nazrul Rahim YDP Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) yang berkerjasama rapat dengan YB Dato Seri Khaled Nordin selaku Ahli Parlimen Kota Tinggi, YB Muszaidee Makmor ADUN Sedili, Kepimpinam Daerah bersama Tuan Haji Hashim Ketua Whip MDKT serta Ahli-Ahli Majlis dan kepimpinan setempat. Berkat kerjasama baik semua pihak pasti khidmat terbaik untuk rakyat akan terlaksana dengan baik.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor