Melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Punggai

Petang tadi, saya telah hadir ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Punggai yang baru sahaja dibuka untuk menempatkan 13 keluarga yang terjejas akibat fenomena air pasang besar dan hujan berterusan. Selain melawat dan menyantuni mangsa-mangsa banjir yang terkesan, saya turut menyampaikan sedikit sumbangan serta makanan kepada mereka.

Seterusnya, saya melawat PPS SK Lepau yang kini menempatkan 8 keluarga dan menyampaikan sedikit sumbangan.

Saya ingin merakamkan penghargaan kepada anggota keselamatan dan pasukan sukarelawan yang bertungkus lumus menguruskan situasi bencana ini. Semoga semua mangsa yang terlibat diberi kekuatan untuk menghadapi dugaan ini, dan urusan mereka dipermudahkan.