Mengalunkan Bacaan Surah Al Kahfi, Mendengar Tausiyah bagi Mendidik Hati
Kita mulakan dengan solat subuh berjemaah dengan sujud sajadah. Berzikir dan mengaminkan doa bersama.
Mengalunkan bacaan Surah Al Kahfi, mendengar tausiyah bagi mendidik hati. Berselawat ke atas junjungan Nabi saw jua bersalaman tanda erat ukhwah dan muafakat.
اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
Mari perbanyakkan selawat dan salam kepada Baginda Rasulullah saw ahli keluarga juga sahabat Baginda.
Terima kasih atas kehadiran YAB Menteri Besar Johor Dato’ Onn Hafiz Ghazi YB Dato’ Dr Hj Azmi Rohani Setiausaha Kerajaan Johor YB Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor YB Datuk Aziz Engan Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri Johor YB Dato’ Hj Yahya Ahmad Mufti Kerajaan Negeri Johor YB Dato’ Yang Amat Arif Hj Muhammad Khaldun Sharif Ketua Hakim Syarie Negeri Johor Hj Hasrin Kamal Hashim Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor serta ketua-ketua jabatan Negeri dan Persekutuan juga para jemaah yang berjemaah bersama.
Terima kasih semua