Meninjau Progres Renovasi Invest Malaysia Facilitation Centre Johor (IMFC-J)

Meninjau progres renovasi Invest Malaysia Facilitation Centre Johor (IMFC-J) bersama-sama dengan Invest Johor dan IRDA. Pusat ini, yang terletak di Forest City, bakal menjadi nadi utama kepada kejayaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Apa yang menjadikan IMFC-J unik?

💡 Pusat Sehenti Pelaburan – Mempermudah proses kelulusan, memberi khidmat nasihat, dan mengurangkan birokrasi.
💡 Pemacu Pertumbuhan Ekonomi – Menarik pelaburan berkualiti tinggi serta mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi di Johor.
💡 Jambatan Ekonomi Johor-Singapura – Memperkukuhkan hubungan perniagaan serantau.

Pejabat IMFCJ-J melambangkan usaha bersungguh-sungguh dalam memastikan Johor terus menjadi destinasi pelaburan pilihan di Asia Tenggara. Kami juga yakin IMFC-J akan menjadi pemangkin untuk menjadikan Johor sebagai hab ekonomi bertaraf dunia!

Mari sama-sama kita nantikan pembukaan rasmi IMFC-J dan pelbagai peluang yang bakal menyusul!

视察位于森林城市的柔佛投资促进中心(IMFC-J)装修工程。这个中心将成为推动柔佛新加坡特别经济区(JS-SEZ)发展的关键平台!

IMFC-J 有哪些独特之处?
💡 一站式投资服务——简化审批流程,提供专业咨询,减少繁文缛节。
💡 经济增长引擎——吸引高质量投资,创造高价值就业机会。
💡 柔佛-新加坡经济桥梁——加强区域经济合作,促进双边关系。

IMFC-J 的建设标志着柔佛在经济发展中的坚定步伐,助力成为东南亚首屈一指的投资目的地。我们期待IMFC-J的正式启用,为柔佛经济带来更多机遇!