Merasmikan Ulang Tahun ke-5 Majlis Perbandaran Pengerang
Tahniah dan syabas kepada seluruh warga Majlis Perbandaran Pengerang (MPP) serta warga Pengerang atas pencapaian dan kecemerlangan yang dikecapi sepanjang tahun 2024.
Saya dengan jelas dapat melihat pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan oleh MPP bagi kemudahan dan keselesaan penduduk di Pengerang.
Pencapaian ini tidak mungkin terjadi tanpa kerjasama yang erat antara Majlis Perbandaran Pengerang, agensi kerajaan dan swasta, pemegang taruh, serta masyarakat yang sentiasa memberi sokongan.
Turut hadir,YB Puan Fauziah binti Misri, ADUN Penawar, Yang berbahagia Ts.Mohd Johari bin Tarmindi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pengerang, En Mohd Saharuddin bin Mohd Yunos Penolong Pegawai Daerah Kota Tinggi.
Sekali lagi, tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua warga Majlis Perbandaran Pengerang di atas ulang tahun ke-5 ini.
Selamat Tahun Baru kepada semua!