Mesyuarat Majlis Tindakan bagi dua Kawasan DUN di Daerah Pontian
Semalam, bersama Pegawai Daerah Pontian, saya telah bersama-sama mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan bagi dua kawasan DUN di daerah Pontian.
Majlis Tindakan ini adalah hasil arahan YAB Menteri Besar yang menetapkan agar setiap kawasan DUN diadakan mesyuarat seperti ini.
Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) juga telah diberikan tanggungjawab untuk menyelia dan menjadi Exco Angkat daerah-daerah bagi memastikan isu-isu rakyat serta perancangan pembangunan di setiap kawasan DUN dan daerah dapat diuruskan dengan baik.
YAB Menteri Besar telah meminta semua EXCO dan Pegawai Daerah untuk bersama-sama mempengerusikan mesyuarat ini serta memberikan perhatian terhadap isu-isu yang dibangkitkan oleh ADUN dan pemimpin setempat. Penyelesaian perlu dicari agar masalah yang dihadapi rakyat dapat diselesaikan.
Bagi memastikan Johor terus maju, kita perlu memastikan masalah rakyat diatasi dengan baik.