Mesyuarat Pembentangan ‘Timeline’ Gerak Kerja & Projek Pembangunan 2025
Saya telah mempengerusikan mesyuarat pembentangan ‘timeline’ gerak kerja & projek pembangunan MPP,MPK, MDSR, MDT & MDYP.
MPP telah memperuntukkan sejumlah RM15,200,000 dengan 8 projek, MPK telah memperuntukkan sejumlah RM2,750,000 dengan 10 projek, MDSR telah memperuntukkan sejumlah RM850,000 dengan 4 projek, MDYP telah memperuntukkan sejumlah RM3,300,000 dengan 5 projek dan MDT telah memperuntukkan sejumlah RM2,585,000 dengan 13 projek yang melibatkan projek bermanfaat kepada rakyat dan projek berimpak tinggi kepada pembangunan Kerajaan Negeri.
Antara projek yang dilaksanakan bermula Januari 2025 dan siap pada Q4 2025 adalah seperti berikut :
1. Menaiktaraf longkang utama Jalan Ilham
2. Kerja membina dan menyelenggara CCTV dan lampu isyarat
3. Menaiktaraf road kerb di jalan utama dan jalan protokol
1. Menaiktaraf monsun drain di Jalan Baiduri Bandar Mas
2. Menaiktaraf box culvert di Taman Bayu Damai
3. Pemasangan Smart CCTV dan mini integrated operation center
1. Kerja memasang dan menyelenggara Smart Ledang Command Center dan tambahan CCTV
2. Menaiktaraf parit di Taman Sri Jaya, Taman Sri Jaya 2 dan Taman Ledang Sagil
3. Menaiktaraf pintu Masuk Daerah Tangkak
1. Kerja membaikpulih Dewan Ayer Hitam
2. Menyelenggara perparitan di Taman Sri Lalang
3. Penyelenggaraan jalan PBT
1. Kerja menaiktaraf perparitan bagi mengatasi banjir di Taman Layang – Layang
2. Kerja mengecat mural di tembok Bethaflor Kampung Melayu, Simpang Renggam
3. Pemasangan lampu dekoratif perayaan sepanjang tahun di jalan protokol
4. Menaik taraf mini stadium Taman Sri Lambak
Pembentangan timeline gerak kerja ini adalah bagi memastikan PBT sentiasa ‘on track’ untuk projek pembangunan bagi memastikan perkhidmatan Kerajaan Negeri Johor dibawah teraju YAB Dato Onn Hafiz Ghazi sentiasa efisien & berkesan.
Pembentangan ini dihadiri oleh Kapten Fahmy Yahya YDP MPK & Dato Ghani Ketua Whip MPK, Tuan Haji Johari YDP MPP & Encik Norsham Ketua Whip MPP, Encik Fa’iz YDP MDSR & Encik Faizal MDSR Ketua Whip MDSR, Tuan Haji Nazir YDP MDT & Dato Rahim Ketua Whip MDT, Tuan Haji Nazeri YDP MDYP & Tuan Haji Kamal Ketua Whip MDYP dan Encik Hafiz Aliman SUB Kerajaan Tempatan Negeri Johor.