Pakaian Baru Sebelum Masuk Tahun Baru Sesi Persekolahan

Dah nak naik sekolah dah, semua dah ready ke nak kembali ke sekolah?

Adik adik dekat Yong Peng ini dah beli pakaian baru sebelum masuk tahun baru sesi persekolahan mereka termasuk membeli pakaian dan kasut sekolah.

Seramai 200 orang kanak-kanak sebelum ini telah memilih pakaian, kasut, dan beg sekolah yang sesuai dan mengikut keperluan mereka.
Ah Soon telah menyampaikan barangan ini satu persatu kepada mereka, juga memberikan “angpau” dengan harapan agar kanak-kanak ini lebih bersemangat untuk belajar.

Semoga anak anak ini semua belajar dengan cemerlang dan menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan negara bila dewasa kelak.