PDRC Planning Design & Review Committee BIL 1/2025
Alhamdulilah, saya telah mempengerusikan Persidangan sebuah ‘Taskforce’ atau Jawatankuasa Khas iaitu Jawatankuasa Perancangan, Pembangunan dan Rekabentuk (PDRC) Bilangan 1 2025 melibatkan 5 pemaju dengan projek di Simpang Renggam, Iskandar Puteri, Johor Bahru, Kulai & Muar.
Sehingga ke sesi ke 26 ini sejak 2022 saya telah bermesyuarat dengan 109 Pemaju utk projek RMMJ di 10 Daerah & melibatkan 16 PBT seluruh Johor, 26 Parlimen & 50 DUN di Negeri Johor.
Hasil mesyuarat jawatankuasa ini, Kerajaan Negeri telah berjaya mengikat komitmen pemaju dengan 134 projek untuk membina sebanyak 20,714 unit RMMJ (berharga RM 50 ribu, RM 100 ribu, RM 150 ribu, RM 250 ribu dan RM 300 ribu) yang merupakan sebahagian dari 30 ribu unit rumah yang menjadi sasaran KPI Kerajaan Negeri dibawah teraju YAB Dato Onn Hafiz Ghazi
Seiring dengan pembangunan JSEZ, PDRC akan terus memainkan peranan secara agresif dan bersepadu sebagai jawatankuasa pemudahcara yang menyediakan satu bentuk dokumentasi yang mempunyai ‘legal binding’ untuk memastikan pemaju membina setiap komponen RMMJ.
Setiap pemaju yang komited, bertanggungjawab & bersedia berkerjasama dengan Kerajaan Negeri menyediakan RUMAH MAMPU MILIK untuk rakyat & membawa pelaburan untuk ekonomi Johor akan dibantu demi rakyat & Negeri Johor.
Semua pihak bukan sahaja saya sebagai Exco, bukan sahaja Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor , tetapi Pejabat Tanah Negeri Johor, Pejabat Daerah, PLANMalaysia Johor Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor & 16 PBT seluruh Johor serta agensi berkaitan seperti JKR & lain-lain berusaha semaksimum mungkin membantu pemaju agar Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) untuk Rakyat Johor dibina dan rakyat boleh memiliki rumah.
Suka untuk saya tegaskan juga, tidak akan ada pemaju terkecuali melaksanakan tanggungjawab mereka MEMBINA RUMAH MAMPU MILIK JOHOR. Termasuk dalam kawasan Johor Special Economic Zone (JSEZ).
Sasaran RMMJ siap bina untuk 2025 adalah sebanyak 8,021 unit RMMJ.
Semoga Allah memudahkan amanah ini untuk Kerajaan Negeri Johor dibawah pimpinan YAB Dato Onn Hafiz Ghazi mencapai sasaran RMMJ 30,000 unit dalam tempoh 5 tahun.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor