Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 yang berlangsung di Istana Negara

Seterusnya saya menerima jemputan dari Sekolah Menengah Agama Lughatul Quran untuk merasmikan dan menyaksikan perjanjian kerjasama antara SMA Lughatul Quran dan rakan rakan strategik iaitu TNB dan Mestron Energy Sdn Bhd untuk projek Solar Fotovoltik Tanpa Modal.

Tahniah kepada Ustaz Hidhir bin Ismail selaku Pengetua SMA Lughatul Quran atas kerjasama ini dalam usaha membangunkan sekolah ini menjadi lebih baik.

Saya juga menyampaikan baju KrMJ kepada 14 orang pelajar SMA Lughatul Quran yang telah dipilih sebagai penerima sumbangan ini.

Turut hadir En Norizan Azali Focal Person PIBKS, pengetua dan Guru Besar sekolah, Penghulu Mukim Serom dan Kesang, Ketua ketua Kampung serta pemimpin masyarakat di Daerah Tangkak.