PERASMIAN RESTORAN WARISAN PAK ATAN SALLEH SATE DI KAMPUNG MELAYU MAJIDI

Saya berkesempatan memenuhi undangan merasmikan Restoran Warisan Pak Atan Salleh Sate di persimpangan Jalan Rahmat-Merdeka, Kampung Melayu Majidi.

Saya memang penggemar Sate Pak Atan dengan rasa perapan dan kuah kacangnya yang sungguh enak, apatah lagi kedai beliau yang duduk dalam Kampung Melayu di dalam DUN Larkin.

Justeru, saya mengajak orang ramai khususnya di Johor Bahru untuk singgah dan cubalah hidangan sate di restoran ini. Pada masa sama kita ‘sapot’ usahawan tempatan untuk terus berkembang maju.

Tahniah juga buat pemilik restoran dan usahawan Nor Wahida binti Salleh, yang juga merupakan anak kepada Pak Atan atas usaha meneruskan perniagaan warisan keluarga. Semoga terus sukses dalam perniagaan.

Mana-mana pemilik atau pengusaha sate di dalam DUN Larkin, janganlah lupa jemput saya ke kedai, Hari Raya juga semakin hampir. Bolehlah saya jemput nanti untuk membakar juadah sate di Rumah Terbuka saya nanti.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Berserah