Potongan hingga 30 peratus dalam Jualan Rahmah Salam Ramadan

Program Jualan Rahmah (PJR) Salam Ramadan 2025 yang berlangsung di lapan lokasi terpilih di Johor bermula pada hari ini hingga 7 Mac, menawarkan potongan harga 10 hingga 30 peratus.


Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia negeri, Lee Ting Han berkata, program yang diadakan dari 9 pagi hingga 6 petang itu diharapkan dapat meringankan beban penduduk untuk melakukan persediaan menyambut Ramadan tidak lama lagi.