Program Jualan Kasih Johor Kawasan Dun Buloh Kasap

Alhamdulillah. Hari ini saya telah meninjau program Jualan Kasih Johor kawasan Dun Buloh Kasap iaitu di Pekan Gemas Baru, Segamat dan beramah mesra bersama peniaga serta pengunjung tempatan.

Di lokasi ini, sebanyak 3.5 tan ayam habis dijual dengan harga RM2.70 sekilogram kepada pengunjung. Pelbagai jenis ikan dan hasilan laut juga telah dijual dengan harga promosi yang memberi penjimatan sebanyak RM5 sekilogram.

Disamping itu, sebanyak 400 papan telur ayam juga terjual dengan harga RM 9.00 sepapan, manakala 300 botol minyak masak 2 liter terjual dengan harga RM10 sebotol.

FAMA juga mempromosikan Jualan Agro Madani (JAM) melibatkan komoditi sayur dan buah dengan jualan pada harga promosi yang istimewa kepada pengunjung terutamanya bagi persediaan menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

Jualan Kasih Johor pada hari ini dan semalam telah berlangsung di 12 lokasi, iaitu:

19 Januari 2025:
1. Pekan Baru Parit Yusof, Muar (Dun Sungai Balang).
2. Kg Baru Ayer Hitam, Ayer Hitam, Batu Pahat (Dun Semarang)
3. Taman Anggerik, JB (Dun Kempas)
4. Jalan Kolam Air Simpang Renggam (Dun Machap)
5. Pekan Gemas Baru, Segamat (Buloh Kasap)
6. Pekan Layang-Layang, Simpang Renggam (Dun Layang-layang)
7. Taman Sri Stulang, Johor Bahru (Dun Stulang)
8. Kawasan Perindustrian SILC, Johor Bahru (Dun Kota Iskandar)

18 Januari 2025:
1. Taman Sri Alam, Batu Anam Segamat (Dun Jementah)
2. Pekan Bakri Batu 6, Muar (Dun Bukit Naning)
3. Tongkang Pechah, Batu Pahat (Dun Parit Yaani)
4. Pekan Rengit, Batu Pahat (Dun Rengit)

Terima kasih kepada YB ADUN dan kepimpinan setempat yang turut hadir ke lokasi Jualan Kasih Johor di kawasan masing-masing.