Ziarah Pesakit di Hospital Segamat

Alhamdulillah saya berkesempatan meluangkan masa untuk rutin bulanan kami ziarah pesakit di Hospital Segamat.

Untuk ziarah kali ini kami ke wad 4. Terdapat seramai 28 pesakit di dalam wad ini,saya sempat menziarahi pesakit dan menyantuni mereka.

Saya doakan semuanya cepat sembuh dan dapat pulang ke pangkuan keluarga dengan sejahtera. Kepada Allah berserah.