Program Semarak Subuh: Masjid An-Nur, Stulang Laut

‎لا حول ولا قوة إلا بالله

Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah.

Syukur Alhamdulillah, dalam keberkatan Ramadan ini, Program Semarak Subuh Johor terus diperkasakan sebagai agenda utama Kerajaan Negeri dalam memperkukuh pembangunan rohani umat Islam dan mengimarahkan rumah Allah SWT.

Saya berpeluang bersama-sama mengimarahkan Masjid An-Nur, Stulang Laut dengan menunaikan solat Subuh berjemaah dan mengikuti tazkirah bertajuk “Mencari Kunci Pintu Ar-Rayyan” yang disampaikan oleh Ustaz Haji Ahmad Dhiauddin bin Salimin dari Jabatan Agama Islam Negeri Johor. Tazkirah menekankan keistimewaan puasa, ganjaran syurga serta kepentingan berpuasa dengan ikhlas, menjaga akhlak dan membina taqwa.

Menerusi tazkirah yang disampaikan, Rasulullah SAW bersabda bahawa “di dalam syurga terdapat satu pintu bernama Ar-Rayyan yang dikhususkan untuk orang-orang yang berpuasa”. Syurga mempunyai beberapa pintu dan darjat, dengan Jannatul Firdaus sebagai tingkatan tertinggi, dan pada bulan Ramadan Allah SWT membuka pintu-pintu syurga sebagai tanda luasnya rahmat dan keampunan-Nya.

Semoga Ramadan ini menjadi medan kita memburu ganjaran syurga dengan amal yang ikhlas dan akhlak yang terpelihara, agar suatu hari nanti kita termasuk dalam kalangan yang dipanggil memasuki pintu Ar-Rayyan dengan penuh kemuliaan. Insya-Allah.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah

#BangsaJohor #MajuJohor #SemarakSubuhJohor #Ramadan2026 #RapatkanSaf