Sambutan Tahun Baru Cina 2025 peringkat Negeri di Pasir Gudang

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YAB Menteri Besar Johor atas keprihatinan dan sumbangan yang telah diberikan kepada masyarakat Cina sempena Sambutan Tahun Baru Cina peringkat Negeri yang berlangsung di Pasir Gudang semalam. Keikhlasan beliau dalam menyantuni semua lapisan masyarakat, tanpa mengira kaum atau agama, adalah satu contoh teladan yang sangat dihargai.

Sumbangan yang diumumkan bukan sahaja mencerminkan keprihatinan kerajaan negeri terhadap kepelbagaian budaya di Johor, tetapi juga memperkukuhkan keharmonian antara kaum serta perpaduan yang menjadi asas kemajuan negeri ini. Dengan kepimpinan yang inklusif seperti ini, Johor terus menjadi contoh kepada seluruh negara dalam menyatupadukan rakyat.

Kami percaya usaha seperti ini akan terus memperkukuhkan semangat muhibah, terutama ketika meraikan perayaan besar seperti Tahun Baru Cina yang membawa mesej kebahagiaan, kesyukuran, dan harapan untuk masa depan yang lebih baik. Semoga negeri ini terus makmur di bawah kepimpinan yang cemerlang❤️💙

我们谨此向柔佛州务大臣致以崇高的敬意和由衷的感谢,感谢他在最晚于至达城宽柔中学举办的柔佛州农历新年庆典期间对华人社区给予的关怀与援助。他对各族群一视同仁的真诚关怀,无论种族或宗教,都是一个值得钦佩的榜样。

这次的支持不仅体现了州政府对柔佛州多元文化的重视,也加强了不同种族之间的和谐关系,为柔佛州的进步奠定了团结的基础。在这样的包容性领导下,柔佛州成为全国团结典范的榜样。

我们相信,这类活动将进一步促进各族之间的友好关系,特别是在庆祝农历新年这样一个带来欢乐、感恩和希望的节日之际。愿在这样的卓越领导下,柔佛州继续繁荣昌盛❤️💙