Selamat Hari Apresiasi Tabika Kemas Daerah Kulai

Selamat Hari Apresiasi Tabika Kemas Daerah Kulai.

Alhamdulillah hari ini, Saya berkesempatan merayakan kejayaan anak-anak Tabika Kemas bagi daerah Kulai.

Hari Apresiasi dan Penyampaian Sijil IQFA Tabika Kemas merupakan acara tahunan yang penuh bermakna, diadakan untuk meraikan kejayaan anak-anak yang telah menamatkan pengajian di Tadika Kemas.

Majlis ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada anak-anak yang telah menunjukkan usaha, ketekunan, dan kemajuan sepanjang mereka mengikuti program pembelajaran di Tadika Kemas.

Kerajaan Negeri Johor dibawah pimpinan YAB MB Johor, Dato Onn Hafiz Ghazi telah mengumumkan peruntukan untuk Kemas adalah sebanyak RM 1.5 juta & Peruntukan untuk IQFA sebanyak Rm 1.8 juta bagi Negeri Johor.

Saya juga turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM 5000 (Majlis Apresiasi) & RM 5000 (Sempena Johan Hari Potensi Kebangsaan) dan juga tambahan peruntukan kepada 13 buah Tabika dalam Dun Bukit Permai iaitu Rm2000 bagi setiap Tabika untuk program & aktiviti Tabika.

Hari graduasi Tadika Kemas ini tidak hanya merayakan kejayaan akademik, tetapi juga pertumbuhan sosial, emosi, dan kreativiti anak-anak. Kami amat berbangga dengan pencapaian setiap graduan dan berharap mereka akan terus berjaya dalam langkah seterusnya. Tadika Kemas komited untuk menyediakan pendidikan yang terbaik dan memberi asas yang kukuh untuk masa depan mereka.

Mari kita terus dukung perjalanan pendidikan anak-anak dengan semangat dan dedikasi yang tak terhingga. Tadika Kemas bukan hanya tempat belajar, tapi juga rumah yang penuh dengan cinta dan kesempatan.

Terima Kasih juga yang sudi bersama saya dalam program ini iaitu :-

1. Ybhg Tuan Zamri Bin Muhamad
– Pengarah Kemas Negeri Johor
2. Pn Siti Maspupah Bt Juwahir
– Pegawai Kemas Daerah Kulai
3. Pengerusi – Pengerusi Tabika
4. Pendidik Masyarakat
5. Ibu Bapa
6. Kanak – Kanak Tabika Kemas Daerah Kulai yang diraikan
7. Kesemua tetamu yang hadir.

Terima kasih Tadika Kemas, atas segala yang telah diberikan untuk masa depan gemilang anak bangsa!

Allah Peliharakan Sultan.
Allah Berkati Johor.