Semarak Subuh dan Perancangan Pembinaan Balai Islam di Lubok Darat

Kita Semarak Subuh di Surau Anuariah, Kg Lubok Darat, tempat Tok Jayus.

Sunnah Rasulullah S.A.W. kita hidupkan melalui solat Subuh berjemaah, sujud sajadah, berzikir, dan berdoa. Membaca Surah Al-Kahfi serta berselawat ke atas Nabi S.A.W.

Salam dan bersalaman mengeratkan hubungan sesama Islam. Allahu Akbar, seronok bila ukhwah kita kukuh dan kesatuan kita utuh.

Hebat orang Lubok Darat, alhamdulillah, sarapan tadi menikmati air coklat.

Sebelum pulang, saya singgah ke bangunan kayu Madrasah lama yang terletak dalam kawasan surau. Orang kampung bercadang untuk merobohkannya dan membina Balai Islam di tapak ini.

Saya menyokong usaha tersebut dan memohon AJK surau untuk menyediakan kertas kerja serta mengemukakannya melalui Pejabat Kadi Daerah. Setelah itu, kerja-kerja awal siasatan akan dimulakan, dan kita akan membantu dari segi sumbangan. Kemudian, kita akan membuka peluang kepada orang awam untuk turut menyumbang.

InsyaAllah, usaha baik ini kita jalankan bersama.