Serahan Bakul Makanan Kasih Johor Sesi Petang

Alhamdulillah, sebelah petang saya juga telah menyampaikan bantuan bakul makanan kasih Johor kepada penduduk kampung Parit Bunga & Tanjung Gading Timur di Balai Raya Taman Sri Kesang, Parit Bunga.

Amanat YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor telah saya jalankan dan semoga mereka mendapat manfaat daripadanya. Aamiin..

Turut hadir Hj Yusof Jailani, Ketua Cawangan Taman Sri Kesang; Ketua-Ketua Cawangan Zon Kesang; Ketua KampungKu Parit Bunga; Ketua Kampung Tanjung Gading Timur; JPKK Parit Bunga; dan JPKK Tanjung Gading Timur