Serahan Bakul Makanan Kasih Johor di Dewan Surau Kenangan Tanjung Agas

Kerajaan Negeri Johor di bawah pentadbiran YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor telah memperuntukkan bantuan Bakul Makanan Kasih Johor untuk disalurkan secara berfasa kepada golongan yang memerlukan.

Serahan hari ini yang dijalankan di Dewan Surau Kenangan Tanjung Agas yang mensasarkan masayarakat Kampung Tanjung Agas dan Taman Sri Tanjung dibawah naungan JKPZ Zon 14 Tanjung Agas Selatan.

Terima kasih kepada Ketua KampungKu Tanjung Agas dan semua pihak yang membantu saya menjayakan penyerahan bakul makanan pada hari ini.

Terima kasih Kerajaan Negeri Johor.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor

Turut hadir Tn Hj Norizan bin Mahat, Pengerusi JpkZon 14; Dr Mohd Izzudin bin Saripan, Ketua Caw. Seri Tanjung; Ketua Kampung Tanjung Agas; Ketua Kampung Tanjung Gading Timur; Ketua Kampungku Tanjung Gading Barat; Ketua KampungKu Parit Bunga