Sumbangan 105 Smart TV KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kepada Sekolah-Sekolah di Johor
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan 105 Smart TV tahun 2025 kepada sekolah-sekolah negeri Johor melalui Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).
Syukur Alhamdulillah, majlis serahan sumbangan Smart TV ini berlangsung di Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru petang ini yang disampaikan oleh Yang Berhormat Dato’ Avinderjit Singh A/L Harjit Singh, Pemegang Amanah Urusan YSIJ.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Yayasan Sultan Ibrahim Johor atas usaha murni ini yang dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran secara lebih interaktif kepada pelajar serta guru di negeri Johor.
Diharapkan pihak sekolah dapat manfaatkan kemudahan yang telah diberikan dengan sebaik mungkin demi melahirkan generasi Bangsa Johor yang celik kearah dunia digital.
Terdahulu tahun 2024, KDYMM Tuanku Agong telah berkenan menyumbangkan 111 televisyen pintar (Smart TV) kepada sekolah-sekolah terpilih di negeri Johor.
Hadir sama, Tuan Mohd Anizam Jamian, Ketua Pegawai Eksekutif YSIJ; Tuan Haji Mohd Hanafi Samad, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor