Taklimat Penyelarasan Kerjasama Strategik Pelaksanaan Inisiatif Belanjawan Johor 2025
Hari ini saya mempengerusikan Taklimat Penyelarasan Kerjasama Strategik Pelaksanaan Inisiatif Belanjawan Johor 2025 di bawah Portfolio Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersama ADUN Negeri Johor.
Taklimat ini bertujuan untuk memaklumkan gerak kerja program-program di bawah inisiatif belanjawan 2025 kepada ADUN Negeri Johor serta keterlibatan mereka di setiap program yang dijalankan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim. Antara inisiatif di bawah YPKDT ini ialah Program Kembara Wanita Keluarga dan Masyarakat, Program Pemerkasaan Bantuan Sokongan Ekonomi Wanita dan Golongan Sasar, Program Mobiliti Kasih OKU, Program Pembangunan Skuad Mind-X, dan Program Women Cancer Reproductive Awareness Johor (WCaRe Johor) – Saringan Kesihatan Reproduktif. Program-program tersebut akan dijalankan bagi 56 kawasan DUN dalam Negeri Johor.
Turut hadir YB Tuan TAN CHONG, ADUN Bekok; YB Cik Liow Cai Tung 廖彩彤, ADUN Johor Jaya; YB Tuan CHEW CHONG SIN, ADUN Mengkibol; YB Puan Hjh. Rashidah binti Ismail Shida Ismail, ADUN Pasir Raja; YB Tuan Haji Azizul Hj Bachok, ADUN Tiram; YB Datuk HJ MD Fuad, ADUN Bukit Naning, YB Tuan Wong Bor Yang 黄勃扬, ADUN Senai, Puan Noor Faezah Binti Md Esa, Ketua Pegawai Eksekutif YPKDT, Dr Salmi Jalina binti Jalil, Pengarah Lppkn Johor, Ketua-Ketua Bahagian, Ketua-Ketua Unit Jabatan dan Pegawai-pegawai Tadbir Daerah Jabatan dan Agensi serta wakil Pejabat DUN dan JKPD dalam Negeri Johor.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Selamatkan Johor