Terus Komited Untuk Memajukan Sukan Bola Keranjang di Negeri Johor
Menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor, Kerajaan Negeri Johor terus komited untuk memajukan sukan bola keranjang di negeri Johor.
Syukur Alhamdulillah, saya berpeluang untuk bertemu dengan Pasukan Johor Southern Tigers Basketball Team yang diketuai oleh Dato’ Lim Boon Tiong, Presiden Persatuan Bola Keranjang Negeri Johor.
Tahniah diucapkan kepada Johor Southern Tigers (JST) atas kejayaan cemerlang mereka menjuarai Major Basketball League Malaysia, meraih Piala Agong bagi pasukan wanita, serta muncul Naib Johan Piala Agong bagi pasukan lelaki. Kejayaan ini mencerminkan semangat juang, disiplin, dan dedikasi tinggi dalam mengangkat nama Johor ke persada sukan bola keranjang negara.
Sebagai tanda sokongan terhadap usaha yang berterusan ini, Kerajaan Negeri Johor telah mengumumkan sumbangan sebanyak RM100,000 bagi menyokong aktiviti tahunan Persatuan Bola Keranjang Negeri Johor, khususnya untuk kebajikan atlet-atlet pada tahun ini.
Semoga dengan sokongan yang diberikan, sukan bola keranjang di Johor akan terus berkembang pesat dan berjaya melahirkan lebih ramai bakat muda yang berpotensi tinggi, serta kita dapat memperkukuh kedudukan Johor sebagai sebuah negeri yang terkemuka dalam bidang sukan.
Insya-Allah.
Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor